Skip to main content

Tentang
IrahSukri

Irah Sukri Global Sdn. Bhd. merupakan pemborong dan pembekal kain yang terbesar di negeri Kelantan. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 2018 oleh pasangan suami isteri, Tuan Sukri dan Puan Irah. Dahulunya, Irah Sukri bermula di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sebelum mengembangkan perniagaan secara online.

IrahSukri terkenal dengan kain-kain yang cantik, berkualiti dan selesa dipakai. Antara produk yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah:
• Batik Premium
• Kaftan Balqis
• Pelikat
• Kain Pasang
• Sampin

Butik IrahSukri sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh Malaysia yang melancong ke negeri Kelantan untuk mendapatkan kain sarung premium untuk dibawa pulang sebagai buah tangan kepada keluarga atau orang tua yang tersayang.